Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Thursday, August 30, 2012

Status of Sabahawks by next week

New Sabah Times

 KOTA KINABALU: The Sabah Football Association will act according to the book and would notify the ‘wanted’ and ‘unwanted’ players by next week. Its Secretary General Alijus Hj Sipil said that they will be holding a meeting sometime next week to review their earlier decision before sending memo/s to all its chargers whether they still have a place in the team or otherwise for the new season.

 The FA announced last month its intention to axe 13 players from its Super League squad following the team’s poor performance and relegation this season. So far, they have revealed that they will not renew the contracts of its foreign imports, Brendan Gan and Hendrik Helmke. There will also be no place for two former national custodians – Azizon Abd Kadir as well as Syed Adney Syed Hussien, who are both set to make their way out.

 The fate of the injury-prone Ronny Harun, as revealed by the New Sabah Times Sports recently, is also still uncertain, and so is Mohd Fariss Azlan Mat Isa. When pressed further on who is on the axe list, Alijus was tight-lipped. “It will be revealed after the team management meeting, which is to be chaired by the chairman Datuk Osman Jamal (the FA Vice President I).

Tuesday, August 28, 2012

Berikan Rozaimi sedikit masa lagi - Irfan Bakti

Kosmo!
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
ROZAIMI (kanan) masih belum serasi bermain bersama Selangor pada saingan Piala Malaysia musim ini.
 PRESTASI hambar peledak muda kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dalam saingan Piala Malaysia musim ini sedikit sebanyak mengundang resah dalam kalangan peminat fanatik juara 32 kali, Selangor. Menggalas tanggungjawab sebagai pencetak gol utama skuad Gergasi Merah gara-gara ketiadaan kapten, Amri Yahyah yang digantung tiga perlawanan, sentuhan penyudah Rozaimi, 20, sebagai pemain pinjaman Selangor sepanjang edisi Piala Malaysia kali ini dilihat tidak setajam mana.

 Situasi itu sangat berbeza jika dibandingkan dengan kehebatan Rozaimi yang berjaya meledak 11 gol semasa membantu Harimau Muda mengharungi saingan Piala AFC Bawah 22 Tahun di Myanmar, Jun lalu. Pada masa sama, dia juga masih gagal meletakkan nama selaku penjaring skuad Merah Kuning setakat ini apabila seolah-olah 'tenggelam' dengan persembahan bertenaga penyerang import, Bosko Balaban dan seorang lagi penyerang pinjaman daripada USM FC, S. Veenod.

 Disebabkan itu, sudah ada 'kata-kata sumbang' di luar padang yang mula mempertikaikan kemampuan penyerang muda Sabah itu berdasarkan persembahannya setakat ini. Begitupun, pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim masih percaya dengan kredibiliti Rozaimi yang dilihat masih relevan bagi membantu Selangor merealisasikan 'misi 33' tahun ini.

Friday, August 24, 2012

Reithauddin serasi bersama Perak

myMetro
Oleh Azizan Hashim 
am@hmetro.com.my 

 KAPTEN Perak, Shahrulnizam Mustapa mengakui aksi Seladang ketika turun bertemu Sime Darby di Stadium Selayang, malam kelmarin di bawah tahap sebenar. “Mungkin selepas berehat panjang pemain hilang rentak sebenar. Gandingan masih longgar terutama di jentera serangan.

 “Kami gagal memanfaatkan beberapa peluang yang diperolehi. Namun saya lega kami berjaya membawa pulang satu mata daripada perlawanan ini. “Ia lebih baik daripada tiada mata langsung,” katanya mengulas keputusan seri 1-1 dengan Sime Darby itu selepas Perak berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd Fakhrul Razi Kamaruddin.

Namun, kapten itu gembira kerana gandingan K Nanthakumar dengan kapten Sabah, Mohd Reithaudin berjaya mewujudkan gandingan mantap dan jitu untuk menyekat serangan lawan.

Sabah's trio help the Crocs won their 1st match

Borneo Post
by Matthew T. Umpang 

 KUCHING: Crocs chief coach, Robert Alberts had nothing but full of praises for his charges who convincingly defeated the over rated Selangor 2-1 in the exciting opening Malaysia Cup curtain raiser to the delight of the home crowd. Definitely a clear warning that Sarawak side is no push over, the Crocs were ready to claim their stake in the prestigious tourney and Selangor was considered lucky to walk home with just a one-goal deficit.

The Crocs’ moment of glory came after Bobby Gonzalez fired in from the right side of the net and his goal sent the home crowd into a frenzy and rewarding them with the much awaited victory expected from the curtain raiser. “I am satisfied with the performances of our three new signings (Bobby, Sharudin Yakup and Ronny Harun)…they did a good job and I also hope Bobby will get even better as we progress on. He needs to be more match fit,” said Alberts. 

For the record, Bobby, Sharudin and Ronny were signed from Sabah on loan as Sabah failed to qualify for the Malaysia Cup. 

“We deserved to win today…I think this is a fantastic result for us and it will certainly lift the team’s morale in our quest for the Malaysia Cup,” said a beaming Alberts on the fine showing to the applause of the local fans who are still in the Hari Raya mood. They came in the droves and some even dropped by at the stadium while doing their hari raya rounds with friends and loved ones.

Thursday, August 23, 2012

Bobby ("and" Ronny) scored for Sarawak

ESPN Star
 By ESPNSTAR.com staff 

At the Sarawak State Stadium, Selangor failed to get their bid to win the Malaysia Cup for a 33rd time - dubbed "Mission 33" - off to a winning start as they fell 2-1 to Sarawak in Group D. The Red Giants got off to a perfect start when on-loan Sarawak defender Ronny Harun scored an own-goal after nine minutes, but Ashri Chuchu hit back for the Crocs by netting an 18th-minute equaliser.

And in the 64th minute, local favourite Bobby Gonzales grabbed the winner to hand Sarawak an unexpected opening day victory. Newly-promoted Pahang are currently top of the group after beating T-Team 3-2 at the Darulmakmur Stadium, with Malaysia international Azamuddin Akil once again starring for Tok Gajah.

 The Turtles went ahead after just three minutes when Liberian striker Francis Forkey Doe found the back of the net, but Peter Butler's men then had goalkeeper Sharbinee Allawee Ramli to thank as he made a couple of brilliant saves to deny both Obinna Nwaneri and Badri Radzi after the hour mark.

Shortly after, Kelantan's chances of victory were dealt a huge blow when defender Daudsu Jamaluddin received his marching orders after picking up a second yellow, although the visitors managed to remain in the contest until injury-time, when Ismail Faruqi netted to wrap up the win for Terengganu.

Wednesday, August 22, 2012

Rozaimi only needs one outing to impress Irfan

The Star PETALING JAYA: Sabah’s Rozaimi Abdul Rahman needed only one training session to impress Selangor coach Irfan Bakti. Irfan said yesterday that the on-loan striker did enough to ensure his place in Selangor’s starting line-up for the Malaysia Cup. Chasing a record 33rd Malaysia Cup title, the Red Giants open their Group D campaign against Sarawak at the State Stadium in Kuching tonight.

The others in the group are T-Team and former kingpins Pahang. Selangor snapped up the 19-year-old Buntong-lad after Sabah failed to qualify for the Malaysia Cup. The striker has been in fine form, scoring 10 goals for Malaysia in the AFC Under-22 qualifiers in Yangoon in June and leading Sabah to their first Sukma football title in Kuantan in July.

“You can see the qualities he has from just one training session. His movement is good and he has got real presence,” said Irfan, who is confident of a good start in the Malaysia Cup. However, Selangor will be without three key players for their opening clash. Midfielder K. Gurusamy is nursing a knee injury while skipper Mohd Amri Yahya and defender Bunyamin Omar are suspended.

Tuesday, August 14, 2012

Rozaimi-Misi raih piala ke-33

myMetro
Oleh Aziman Rosdi 
aziman@hmetro.com.my 

 JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berharap penyerang Rozaimi Abd Rahman yang dipinjam dari Sabah dapat menyesuaikan diri dengan cepat untuk membantu merealisasikan Misi 33 Piala Malaysia kali ini. Pemain berusia 19 tahun itu hanya sempat berlatih sekali bersama skuad Gergasi Merah sebelum dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan kendalian ketua jurulatih Datuk K Rajagobal ke Eropah.

 Bagi Irfan, beliau menyandarkan harapan kepada Rozaimi untuk menghidupkan bahagian serangan selepas kehilangan kapten, Mohd Amri Yahyah yang digantung tiga perlawanan. “Ketiadaan Amri memberi kesan kepada bahagian serangan dan saya harap Rozaimi mengambil alih tempatnya. Tapi Rozaimi hanya sempat berlatih sekali bersama Selangor.

 “Saya yakini kebolehannya dan berharap dia boleh menyesuaikan diri dengan permainan Selangor apabila beraksi di perlawanan sebenar,” katanya. Amri digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 atas kesalahan mengasari pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar dalam aksi Liga Super Jun lalu. Turut menerima nasib sama, pertahanan Bunyamin Umar.

Thursday, August 09, 2012

Promotion for three Juniors

New Sabah Times

 KOTA KINABALU: Md Rozaimi Abd Rahman, Sabri Sahar and Leopold Alfonso Otong are all set to sign their first professional contracts with the Sabah Football Association for the new season. All this while, the three promising youngsters were registered under the President’s Cup squad, and have been playing on amateur contracts.

 Sabah FA Secretary General Alijus Haji Sipil when met yesterday hinted that they are going to tie the trio for at least two seasons. Rozaimi has been sensational while donning the national Under-22 colours and his superb show has made him the talk of the nation. “Although Rozaimi and Sabri are still eligible to be registered with the President’s Cup squad (next season), but for the new season, they will be offered professional contracts and will be registered with the senior team,” said Alijus.

 The trio is not the only players from the Malaysia Games gold medal squad that will gain promotion into the senior side, as six others are tipped to be promoted as well. Among them are skipper Didie Arizal Ibrahim and first-choice custodian Endre S. Tipay. Defenders Dendy Lowa, Razid Gapar, Mohd Adiafandi Dullah and striker Zul Mansshah Aling also look set to climb the ranks.

Wednesday, August 08, 2012

Perak lega pinjam tiga pemain Sabah

myMetro
Oleh Azizan Hashim 
sukan@hmetro.com.my 

 PERAK mengesahkan peminjaman tiga pemain Sabah iaitu kapten, Mohd Reithauddin Awang Embran, Zuraindey Jumai dan Mohd Fariss Azlan Mat Isa dalam usaha memperkuatkan skuad Seladang pada kempen Piala Malaysia 2012 bermula 22 Ogos ini. Pengesahan oleh pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun itu sekali gus menamatkan teka-teki mengenai tenaga tambahan dari pasukan lain yang akan datang ke Perak.

 Reithauddin, 34 dan Fariss, 28 adalah tonggak pertahanan pasukan negeri di bawah bayu itu manakala Zuraindey, 32 pemain tengah. Kecuali Fariss yang menyertai pasukan barunya sejak minggu lalu, Reithauddin dan Zuraindey berbuat demikian mulai kelmarin. “Perak berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain Sabah bagi membantu kami dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

 “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) atas kesudian mereka melepaskan trio itu,” katanya. Katanya trio itu menggantikan Chan Wing Hoong serta Mohd Badrul Azam Zamri dan Mohd Khairi Zainuddin yang disisihkan kerana kecederaan.

Menurut Azwan, lima pemain skuad Piala Presiden Perak juga diuji ketua jurulatih baru, Jang Jung. “Saya harap Jang Jung berupaya menyediakan satu pasukan mantap untuk menghadapi kempen dalam kumpulan C agar berjaya mara sejauh mungkin. “Dia memiliki bahan yang sudah teruji kerana berjaya menduduki tangga keempat Liga Super baru lalu,” katanya.

Tuesday, August 07, 2012

Rozaimi kekal di Liga Malaysia

Sinar Harian
by NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Gaji yang bakal diterima Rozaimi (kiri) daripada kelab berpangkalan di Thailand itu dikhabarkan tidak jauh berbeza daripada yang diterimanya ketika ini. 
KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) untuk tidak melepaskan bintang muda, Rozaimi Abd Rahman beraksi bersama Kelab BEC Tero Sasana FC yang berpangkalan di Thailand, adalah demi kepentingan kariernya. Setiausaha Agung Safa, Alijus Sipil berkata, pihaknya menyedari peluang yang bakal dimiliki Rozaimi apabila beraksi di luar negara, namun ia belum cukup menyakinkan mereka untuk melepaskannya.

 "Memandangkan Rozaimi kini berada dibawah kendalian jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal, kami merasakan adalah lebih baik pemain itu terus beraksi dalam liga tempatan dahulu sebelum berhijrah. “Bukan kita menyekat peluangnya, tetapi kita melihat kepada perkembangan kerjayanya yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih tempatan khususnya pasukan kebangsaan.

 “Lagipun, Rozaimi masih muda dan sekiranya dia berhijrah ke BEC Tero Sasana FC, itu akan merumitkan latihannya bersama skuad kebangsaan. Saya yakin, kelab tersebut tidak akan melepaskan Rozaimi bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan," katanya.

Hormati keputusan Rozaimi

Kosmo!
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE 
hidayat.azmie@kosmo.my 

ENTAH di mana silapnya, kehadiran bintang muda, Rozaimi Abdul Rahman bersama Selangor sebagai pemain pinjaman bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini bagaikan tidak direstui banyak pihak. Selain dianggap menutup ‘periuk nasi’ Rozaimi bagi menyarung jersi kelab Thailand, BEC Tero Sasana, skuad Gergasi Merah juga dikritik kerana tidak meminjam peledak berbisa negara, Mohd. Safee Sali.

 Ia kerana khidmat Safee ketika ini tidak diperlukan kelabnya, Pelita Jaya sebaik saingan Liga Super Indonesia (ISL) 2012 berakhir baru-baru ini. Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mempunyai jawapan berhubung perkara itu.

 Menurut beliau, isu sebegini tidak wajar disensasikan memandangkan Rozaimi sendiri mahu membantu Selangor mengharungi Piala Malaysia, selain pihaknya juga mendapatkan khidmat penyerang muda Sabah itu mengikut saluran yang sah. “Tuan punya badan sendiri (Rozaimi) sudah sahkan (mahu beraksi bersama Selangor), jadi semua pihak sewajarnya menghormati keputusan Rozaimi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Saturday, August 04, 2012

Sabah’s prolific striker Rozaimi now a wanted man

The Star
By K.RAJAN 
Sabahan Md Rozaimi A. Rahman attempt to score during the final of football event at the Sukan Malaysia XV Pahang 2012 at Kuantan. on July 14 2012-- M. Azhar Arif/The Star
PETALING JAYA: It has been a hectic and productive three months for Sabah striker Rozaimi Abdul Rahman. The 19-year-old Buntong-lad scored 10 goals in the AFC Under-22 Asian Cup qualifier in Yangon in June. He then arrived in Kuantan and promptly scored in the semi-finals and final en route to helping Sabah win their first-ever Sukma gold medal last month.

The youngster also featured for the national team in the friendlies against English Premier League giants Arsenal and Manchester City. The 19-year-old’s heroics didn’t go unnoticed and he was chased by several clubs, including Thailand’s Premier League side BEC Tero Sasana. Rozaimi instead joined Selangor on loan for the Malaysia Cup.

The youngster said he is not letting success get to his head and that all he is interested in is to play football. “I just want to play football … but it feels great to know that foreign clubs are interested in me,” said Rozaimi, who will turn 20 on Oct 6.

Rozaimi terus jadi pilihan

Sinar Harian

SERAMAI 26 pemain kebangsaan dipanggil menjalani latihan di Vienna, Austria pada 4 hingga 16 Ogos ini. Bintang muda sensasi Sabah, Rozaimi Abdul Rahman antara pemain dipanggil Datuk K Rajagobal dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam. 

Pemain lain yang turut menambat hati Rajagobal adalah Yong Kuong Yong (Felda United), Muslim Ahmad (Terengganu), Wan Zack Haikal (Harimau Muda) dan penyerang terbilang Pelita Jaya, Safee Sali. Siri latihan ini adalah sebagai rangka persiapan awal pasukan Harimau Malaya dalam misi mempertahankan gelaran Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lalu di Indonesia. 

Malaysia yang menjadi tuan rumah bersama Thailand akan menentang Singapura pada perlawanan pertama (25 November ) dan Indonesia, 1 Disember 2012.

Safa tidak rela lepas Rozaimi

myMetro
 Oleh Aziman Rosdi 
aziman@hmetro.com.my 

 PERSATUAN Bola Sepak Sabah (Safa) tidak rela melepaskan pemain mudanya, Rozaimi Abd Rahman menyertai BEC Tero Sasana apabila mereka menolak tawaran kelab liga utama Thailand itu semalam. Keputusan itu dilihat satu langkah ke belakang oleh Safa ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sibuk melaungkan hasrat memasarkan pemain muda ke luar demi perkembangan bola sepak tanah air.

 Menurut Pengarah Urusan Golden Sport Management, Zulfikar Amizan Ahamed, menerusi penjelasan yang diberikan Setiausaha Agung Safa, Alijus Sipil, Rozaimi tidak boleh menerima kontrak profesional dengan BEC Tero Sasana kerana harus menepati kontrak sebagai pemain pinjaman Selangor bagi kempen Piala Malaysia.

 Malah Alijus menggunakan faktor umur Rozaimi dan komitmen pemain berusia 19 tahun itu dengan latihan skuad Harimau Malaya sebagai alasan menolak kontrak lumayan kelab naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002 itu. “Bagi saya keputusan Safa menolak tawaran BEC Tero Sasana ini merugikan buat pemain muda seperti Rozaimi. Namun kami harus menghormati keputusan Safa dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada BEC Tero Sasana,” katanya.

Friday, August 03, 2012

Pikat Tero Sasana

myMetro
 Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

 PEMAIN muda negara, Rozaimi Abd Rahman terus diburu BEC Tero Sasana apabila kelab liga utama Thailand itu semalam menawarkan kontrak sebagai pemain profesional tanpa perlu menjalani ujian pemilihan. Keputusan terbaru dilakukan BEC Tero Sasana itu berikutan rundingan mereka untuk mendapatkan pemain bintang Indonesia yang mewakili Persipura Jayapura, Titus Bonai gagal menemui jalan penyelesaian kelmarin.

 Pengarah Urusan Golden Sport Management, Zulfikar Amizan Ahamed yang membantu urusan perpindahan itu berkata, beliau sudah mengemukakan surat tawaran itu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Alijus Sipil, semalam. “Saya sudah menghubungi Alijus mengenai perkara ini dan berharap Safa dapat membuat keputusan sebelum tarikh tutup esok (hari ini).

Bagi saya ini peluang terbaik untuk Rozaimi kerana BEC Tero Sasana memang amat berminat untuk menggunakan khidmatnya sehingga sanggup menawarkan kontrak tanpa menjalani ujian pemilihan seperti syarat sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Thursday, August 02, 2012

Kedah eye Sabri loan move

Daily Express

 Kinabalu: There is a high demand for Sabah players as Sabri Sahar became the latest and the 11th player so far in total wanted by another team for the Malaysia Cup competition. The youngster who played a sterling role in the Sukma squad triumph in Pahang recently has been approached by Kedah FA to don their colours for the duration of three months.

 They have written to the Sabah FA and now it is up to the management to decide whether to allow the midfielder to join fellow Sabahan Sumardi Hajalan who had been approved earlier to play for Kedah. According to his father, he has no objection to allow his son to play for other team in a short term basis.

 He said money is not the issue here as it is important for Sabri to grab his chance to learn as much as he can while he is still young. "It will be a great opportunity for him to gain valuable experience with another team since Sabah will not be playing in the Cup competition," he told Express Sports when met at the Likas Stadium on Tuesday evening.

Special 33 for Rozaimi

NST
By AJITPAL SINGH
ajitpalsingh@nst.com.my
 NUMBER GAME: Selangor hope this will spur them to Malaysia Cup glory 
Rozaimi Abd Rahman will wear the No 33 jersey in the hope he can inspire Selangor to their 33rd triumph in the Malaysia Cup.

SELANGOR'S on-loan striker Rozaimi Abd Rahman will wear the No 33 jersey in the Malaysia Cup, to correspond with the team's mission to win the title for the 33rd time. Rozaimi, who starred at last month's AFC Under-22 Qualifiers where he scored 10 goals for Malaysia, was signed on loan from Sabah to help end the club's scoring woes in the tournament which they have not won since 2005.

The 20-year-old, who played for Malaysia in recent friendly matches against Arsenal and Manchester City, is contracted to Selangor until October. With no options on the bench, Rozaimi and former Croatian international Bosko Balaban, Selangor's top scorer in the Super league, will likely spearhead the club's attack in the Malaysia Cup which starts on Aug 22.

 Rozaimi trained with his new team for the first time yesterday. USM FC's S. Veenod is Selangor's other loan player who was hired to replace injured midfielder K. Gurusamy. Selangor, who finished third in the Super League, have not won a title since 2010 and failure to end their drought in the Malaysia Cup will definitely put pressure on the management to make radical changes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...