Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Tuesday, August 07, 2012

Rozaimi kekal di Liga Malaysia

Sinar Harian
by NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Gaji yang bakal diterima Rozaimi (kiri) daripada kelab berpangkalan di Thailand itu dikhabarkan tidak jauh berbeza daripada yang diterimanya ketika ini. 
KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) untuk tidak melepaskan bintang muda, Rozaimi Abd Rahman beraksi bersama Kelab BEC Tero Sasana FC yang berpangkalan di Thailand, adalah demi kepentingan kariernya. Setiausaha Agung Safa, Alijus Sipil berkata, pihaknya menyedari peluang yang bakal dimiliki Rozaimi apabila beraksi di luar negara, namun ia belum cukup menyakinkan mereka untuk melepaskannya.

 "Memandangkan Rozaimi kini berada dibawah kendalian jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal, kami merasakan adalah lebih baik pemain itu terus beraksi dalam liga tempatan dahulu sebelum berhijrah. “Bukan kita menyekat peluangnya, tetapi kita melihat kepada perkembangan kerjayanya yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih tempatan khususnya pasukan kebangsaan.

 “Lagipun, Rozaimi masih muda dan sekiranya dia berhijrah ke BEC Tero Sasana FC, itu akan merumitkan latihannya bersama skuad kebangsaan. Saya yakin, kelab tersebut tidak akan melepaskan Rozaimi bagi menjalani latihan bersama skuad kebangsaan," katanya.

 BEC Tero Sasana FC sebelum ini menawarkan kontrak selama dua tahun dengan bayaran gaji lumayan tanpa perlu hadir menjalani ujian pemilihan kepada Rozaimi. Bagaimanapun, Sabah menolak tawaran itu atas sebab komitmen Rozaimi kepada Selangor untuk Piala Malaysia selama tiga bulan dan tugas bersama Harimau Malaya, selain kontraknya bersama Sabah yang akan tamat pada 2014.

 Menurut Alijus, gaji yang ditawarkan BEC Tero Sasana kepada pemain ini juga tidak jauh beza dengan gaji diterima Rozaimi ketika ini. “Memandangkan dirinya masih muda dan perlukan banyak pengalaman saya fikir wajar dia melupakan hasrat untk beraksi dalam Liga Thailand,” katanya.

2 comments:

  1. apalah tidak pndai fikir..sabah main di liga dua saja tahun depan tiada kualiti lawan kelab2 saja..bagus main d thailand lawan dgn kelab utama..tahun dpn c rozaimi akan jadi top score di liga dua malaysia bukan sebab kualiti dia tapi sebab saingan yg lemah d liga dua..bye2

    ReplyDelete
  2. saya sukung ko punya pendapat..saya pun syg sama rozaimi kalau boleh mau dia main terus sama sabah..tapi kalau team sabah sendiri sudah jatuh p bawah mcm tidak sesuai sudah c kawan nie mo main sama sabah..thailand pun bgus juga bah..Liga dia boleh men AFC Champons leage juga...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...