Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Friday, August 24, 2012

Reithauddin serasi bersama Perak

myMetro
Oleh Azizan Hashim 
am@hmetro.com.my 

 KAPTEN Perak, Shahrulnizam Mustapa mengakui aksi Seladang ketika turun bertemu Sime Darby di Stadium Selayang, malam kelmarin di bawah tahap sebenar. “Mungkin selepas berehat panjang pemain hilang rentak sebenar. Gandingan masih longgar terutama di jentera serangan.

 “Kami gagal memanfaatkan beberapa peluang yang diperolehi. Namun saya lega kami berjaya membawa pulang satu mata daripada perlawanan ini. “Ia lebih baik daripada tiada mata langsung,” katanya mengulas keputusan seri 1-1 dengan Sime Darby itu selepas Perak berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd Fakhrul Razi Kamaruddin.

Namun, kapten itu gembira kerana gandingan K Nanthakumar dengan kapten Sabah, Mohd Reithaudin berjaya mewujudkan gandingan mantap dan jitu untuk menyekat serangan lawan.

 Justeru Shahrulnizam berharap rakan sepasukan akan bangkit dalam perlawanan kedua apabila melayani Felda United FC di Ipoh, malam esok. Skuad bimbingan E Elavarasan itu seri 1-1 dengan juara bertahan, Negeri Sembilan. “Kami perlu meraih mata penuh dalam perlawanan di tempat sendiri .

Bagaimanapun Felda bukan calang-calang pasukan dan kami tidak boleh memandang mudah perlawanan ini,” katanya. Shahrulnizam berharap rakan sepasukan tidak mengulangi kesilapan memberi sepakan percuma terlalu banyak kepada lawan dari luar kotak penalti seperti yang berlaku ketika bertemu Sime Darby.

 “Kami memberi terlalu banyak sepakan percuma dari luar kotak penalti sehingga membawa padah apabila mereka berjaya menjaringkan gol pendahuluan,”katanya. Pemain tengah itu juga berharap rakan sepasukan tidak alpa ketika membuat benteng yang menyaksikan banyak gol diperolehi lawan dari situasi bola mati itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...