Sinar Harian
SERAMAI 26 pemain kebangsaan dipanggil menjalani latihan di Vienna, Austria pada 4 hingga 16 Ogos ini.
Bintang muda sensasi Sabah, Rozaimi Abdul Rahman antara pemain dipanggil Datuk K Rajagobal dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Pemain lain yang turut menambat hati Rajagobal adalah Yong Kuong Yong (Felda United), Muslim Ahmad (Terengganu), Wan Zack Haikal (Harimau Muda) dan penyerang terbilang Pelita Jaya, Safee Sali.
Siri latihan ini adalah sebagai rangka persiapan awal pasukan Harimau Malaya dalam misi mempertahankan gelaran Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lalu di Indonesia.
Malaysia yang menjadi tuan rumah bersama Thailand akan menentang Singapura pada perlawanan pertama (25 November ) dan Indonesia, 1 Disember 2012.