Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Friday, September 21, 2012

Rozaimi tekad julang Selangor

Kosmo!
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE 
hidayat.azmie@kosmo.com.my 
ROZAIMI menanam tekad untuk membawa Selangor melangkah ke final Piala Malaysia musim ini.
 MAHU menterjemahkan impian ke final menjadi realiti. Itu tekad penyerang pinjaman Selangor, Rozaimi Abdul Rahman yang berazam mahu memastikan impian Gergasi Merah menjejak pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 20 Oktober depan bukan sekadar angan-angan kosong semata-mata.

 Menurut Rozaimi, dia enggan menamatkan tanggungjawab sebagai pemain pinjaman Merah Kuning setakat terhenti di peringkat suku akhir. Justeru, peledak berbisa Sabah itu mahu ‘jodoh’ bersama Gergasi Merah disulami memori indah muncul juara Piala Malaysia edisi kali ini, bermula ketika menentang Johor FC dalam suku akhir pertama di Stadium Pasir Gudang, Selasa depan.

 “Saya percaya dengan kemampuan kami menjejaki pentas final Piala Malaysia kali ini, jadi sudah tentu saya mahu memastikan kehadiran saya bersama Selangor berakhir dengan kejayaan dan bukan setakat di suku akhir. “Jika mendapat kepercayaan jurulatih (Irfan Bakti Abu Salim), saya berazam untuk terus menjaringkan gol kerana itu tugas hakiki saya sebagai penyerang,” katanya kepada Kosmo! semalam.

 Pada masa sama, Rozaimi yang dipinjamkan ke Selangor bersama seorang lagi pemain, S. Veenod dari USM sepanjang kempen kali ini juga optimis mampu beraksi sepenuh masa dan bukan sekadar tampil selaku pemain gantian semata-mata. “Ketika berdepan Sarawak (aksi terakhir kumpulan), saya diturunkan selama 90 minit, jadi tidak timbul soal saya kurang cergas beraksi sepenuh masa atau tidak.

 “Kecederaan hamstring yang membelenggu saya sebelum ini juga sudah pulih, jadi saya harap konsentrasi saya mencetak gol ketika berdepan Johor FC selepas ini tidak lagi terjejas,” katanya optimis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...