foxsports.my
Jurulatih Sabah FA dan bekas pemain Manchester United, David McCreery mendedahkan keadaan pasukannya sebelum derbi Borneo.
Isu pencerobohan Lahad Datu telah menggemparkan Malaysia tetapi jurulatih Sabah FA David McCreery berpendapat bahawa ia memberi semangat kepada pasukannya.
"Saya baru tiba di sini lebih kurang enam bulan lalu." kata McCreery, selepas menghabiskan dua tahun mencungkil bakat di Liga Myanmar bersama Magway FC.
Lima pemainnya telah mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan Myanmar dan McCreery yakin beliau dapat terus memperkembangkan bola sepak Sabah.
"Saya baru sahaja menyesuaikan diri apabila isu ini berlaku secara tiba-tiba. Kami sedar akan kehadiran Angkatan Tentera Malaysia di sini tetapi ia tidak menjejas rancangan pasukan." menambah McCreery kepada FOX SPORTS.
"Kami ada beberapa pemain yang berasal dari Lahad Datu dan saya tahu bahawa mereka sedikit terganggu, tetapi mereka tidak membenarkan emosi mengawal mereka.
"Saya yakin mereka akan menggunakan insiden ini sebagai motivasi untuk meningkatkan lagi mutu permainan, demi membawa sedikit kebanggaan kepada rakyat mereka yang sedang melalui detik yang mencabar.
Sabah FA kini menduduki tangga kelapan selepas sembilan perlawanan dalam Liga Perdana dan akan berkunjung ke Sarawak dalam perlawanan derbi pada hari Jumaat nanti.
"Saya kenal jurulatih mereka, Robert Alberts, dan sedar akan kemampuan pasukannya.
"Perlawanan derbi Borneo adalah perlawanan yang amat mencabar dan beremosi, lebih-lebih lagi sekarang.
"Pasukan Sabah mempunyai bakat dan kemampuan untuk mencapai apa jua yang jika pemain kami memberi tumpuan dan usaha yang diperlukan.
"Kami berkunjung ke Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan PDRM dan pemain saya telah berjuang kembali untuk menyamakan kedudukan 3-3.
"Ia mengagumkan! Ia juga membuktikan yang kami berupaya untuk mencapai matlamat - seperti sewaktu kami menewaskan pasukan Liga Super Felda United dalam perlawanan Piala FA lepas.
"Kami hanya perlu mencatatkan beberapa kemenangan untuk mendapatkan momentum yang baik.
"Percayalah, orang Sabah mampu mengatasi segala cabaran."
McCreery mula kerjaya sebagai pemain midfield bersama Manchester United dan mewakili mereka dari 1974 hingga 1979, sebelum bermain di 10 kelab lain termasuk Queens Park Rangers dan Newcastle United. Sabah telah merangkul kejuaraan SUKMA Malaysia pada edisi ke 15 selepas menumpaskan Perak 3-0 dalam perlawanan terakhir.