Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Tuesday, February 05, 2013

Sinar terbaik Irfan, Rozaim

myMetro

Brisbane: Peluang kini terbuka buat kapten Harimau Muda A, Irfan Fazail dan penyerang berbakat, Rozaimi Abdul Rahman mengetuk pintu kelab di Australia. Aksi kedua-dua pemain terbabit mendapat tumpuan pencari bakat di Australia, Brad Maloney yang juga bekas pemain kebangsaan negara itu.

 “Saya akan melihat aksi mereka dalam perlawanan menentang Brisbane Roar, hari ini. Namun ia bukan saja terhad kepada mereka berdua saja tapi pemain lain juga sekiranya mampu menarik perhatian,” katanya. Beliau yang turut hadir menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Ong Kim Swee petang semalam turut kagum dengan persefahaman, teknik, kemahiran dan kepantasan pemain muda negara.

 Kedua-dua pemain terbabit terlebih dulu menarik perhatian bekas pemain Sabah, Scott Ollerenshaw yang kemudian memaklumkan kemampuan mereka kepada Maloney. “Kedua-dua pemain itu memiliki teknik yang bagus. Permainan mereka lebih matang berbanding usia. Saya harap mereka mampu mempamerkan persembahan yang biasa dilakukan ketika latihan tanpa sebarang tekanan dan semuanya berjalan lancar.” 

Irfan yang juga perancang tengah pasukan antara pemain paling lama dalam skuad Harimau Muda A dan turut membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011. Rozaimi yang baru dipanggil menyertai Harimau Muda A tahun ini melakukan kejutan apabila meledak 10 gol pada kempen kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...