Sinar Harian
JURULATIH Sabah, David McCreery berang selepas pemainnya tewas buat pertama kali di Likas pada saingan Liga Perdana musim ini.
Katanya, pemain itu tidak bermain baik sambil membiarkan gol mudah diperoleh pasukan Kedah.
"Saya tidak mahu sebut siapa pemain itu. Dia tidak berada pada posisi sepatutnya dan dia menghadiahkan gol mudah pelawat.
"Mereka adalah pemain berpengalaman dan menjadi tugas membimbing skuad muda. Apa pun, kita perlu bekerja keras untuk pasukan," katanya.
Begitu pun, bekas bintang tengah Manchester United itu berharap, kekalahan tersebut menjadi pengajaran agar perbaiki permainan pada perlawanan seterusnya.