Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Wednesday, November 07, 2012

Safa setuju lepas Rozaimi dengan syarat

Sinar Harian
by NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH 

 SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Alijus Sipil berkata, pihaknya bersetuju untuk melepaskan penyerang berbisa mereka, Rozaimi Abdul Rahman bagi menyertai skuad Harimau Muda A tahun depan tetapi dengan bersyarat. Jelasnya, memandangkan Rozaimi masih terikat kontrak bersama Safa sehingga 2014, pihaknya hanya bersetuju untuk melepaskannya secara pinjaman.

 "Rozaimi akan kekal bersama Sabah. Dia masih mempunyai kontrak bersama kami sehingga 2014. "Mengenai hasrat Harimau Muda untuk mengambil Rozaimi menyertai mereka, kami akan tunaikannya, tapi mereka harus bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Sabah," kata Alijus ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

 Tambah Alijus: "Kami telah melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan dan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengenai syarat ini." "Sekiranya mereka bersetuju kami akan membenarkan Rozaimi beraksi tetapi jika sebaliknya, dia tidak akan dilepaskan," kata Alijus yang kini menunggu surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

 Beliau berkata demikian ketika ditanya hasrat Harimau Muda untuk menggunakan khidmat Rozaimi bagi memantapkan pasukan itu bagi misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Myammar tahun depan. Pada masa sama, Alijus turut menjelaskan bahawa di sebalik keputusan ini juga telah dipersetujui oleh Rozaimi apabila beliau sendiri membuat keputusan untuk kekal bersama Sabah.

 "Rozaimi sendiri memilih untuk kekal bersama Sabah kerana beliau berkata belum puas bermain dengan Sabah. "Jadi, kami hormati keputusannya," ujar beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...