Sinar Harian
|
Bekas pemain remaja Arsenal, Rhys Weston |
BEKAS pemain remaja Arsenal, Rhys Weston dikatakan bakal menyarung jersi Sabah dengan kontrak selama setahun dalam tempoh terdekat bagi saingan Liga Perdana, musim depan.
Sabah yang kini menggunakan khidmat jurulatih baru,
Brit David McCreery, turut menyambung kontrak dua pemain import mereka, iaitu Brendan Gan dari Australia dan Hendrik Helmke dari Jerman setahun lagi.
Weston memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama Arsenal sejak 1999 sebelum beraksi dalam liga bola sepak di Wales, Norway, Iceland dan Scotland.
Kali terakhir pertahanan berusia 32 tahun itu beraksi adalah bersama kelab KR Reykjavik yang berpangkalan di Iceland, selain beraksi sebanyak 7 cap bersama skuad kebangsaan (Wales).