Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Friday, October 05, 2012

Tekad Amy

Sinar Harian
Amy tekad membantu realisasi Misi 33 Selangor. - Foto SAFWAN MANSOR
MOTIVASI penyerang pinjaman Selangor, Rozaimi Abdul Rahman semakin melonjak selepas pasukan 'angkatnya' itu berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2012. Kemenangan agregat 5-2 ke atas Johor FC Selasa lalu menyaksikan The Red Giants bertemu juara Liga Super Kelantan di kubu kuat pasukan itu di Kota Bharu, malam esok.

 "Diturunkan atau tidak bukan perkara pokok. Saya hanya menunggu arahan bos (Irfan Bakti Abu Salim). "Apa pun, saya akan berikan komitmen 100 peratus untuk membantu Selangor menjuang Piala Malaysia dan merealisasikan Misi 33. "Saya juga teringin mendakap trofi itu buat pertama kali dalam karier," katanya.

 Misi 33 semakin mencapai matlamatnya seperti dilaungkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), tetapi pasukan Kelantan bakal menjadi penghalang. Aksi timbal balik di jadual pada 12 Oktober dan pemenang akan berdepan sama ada ATM atau Lions XII bagi membuat perhitungan terakhir menjulang Piala Malaysia edisi ke-86 di Bukit Jalil, 20 Oktober depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...