Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Wednesday, June 20, 2012

Sabah kena belasah

Utusan Online
Penyokong Sabah membawa kain rentang meminta SPRM menyiasat kekalahan besar 0-9 pasukan itu kepada Lions XII Sabtu lalu ketika menyaksikan perlawanan Liga Super di antara tuan rumah dan PKNS di Stadium Likas, semalam.
Sabah sekali lagi mengalami kekalahan besar, kali ini 0-4 kepada PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, semalam setelah dimalukan 0-9 oleh Lions XII, Sabtu lalu. Pasukan tuan rumah longlai apabila mudah dibolosi PKNS menerusi Nizaruddin Yusof (m-45), Helmi Remeli (m-64), Rudie Ramli (m-66) dan Md. Fadhil Md. Hashim (m-80).

 Sekumpulan peminat Sabah turut meluahkan kemarahan akibat dimalukan Lions XII Sabtu lalu, apabila membawa kain rentang meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kekalahan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...