Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Tuesday, July 31, 2012

Pemain Sabah, PDRM perkuat skuad T-Team

myMetro
Berita Harian

 DUA pemain Sabah dan seorang pemain kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi sandaran skuad T-Team menghadapi saingan Piala Malaysia, September ini. Pemain Sabah itu ialah Sumerdi Hajalan dan Shahrul Azhar Ture yang beraksi di posisi tengah dan pertahanan selain pemain pasukan polis, Mohd Fauzi Abd Majid yang bermain di posisi penyerang.

 Jurulatih Yunus Alif berkata, T-Team akan meminjam tiga pemain itu bagi memperkuatkan pasukan dalam saingan Piala Malaysia. “Kita harap mereka mampu memberi sumbangan bermakna kepada pasukan T-Team dalam kejohanan berprestij itu,” katanya.

 Yunus berkata, ketiga-tiga pemain baru mendapat kelulusan dari pihak pengurusan masing-masing dan dijangka mengikuti sesi latihan bersama T-Team mulai minggu depan. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengadakan undian Piala Malaysia bagi menentukan kumpulan Khamis ini.

Sementara itu, hasrat Negeri Sembilan untuk mendapatkan dua pemain Sabah tidak tercapai. Jurulatih, Azraai berkata, Persatuan Bola Sepak Sabah sudah memaklumkan kelmarin untuk tidak melepaskan pemain berkenaan. "Kini kita terpaksa meneruskan pencarian dua pemain dari pasukan lain untuk melengkapkan tiga pemain pinjaman sebelum aksi bermula," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...