Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Sunday, August 04, 2019

PFAM Player of the Month

PFAM Player of the Month (Malaysia Premier League)

MonthPlayer
Jun 2019
Rodoljub Paunovic - Serbia (FW)
May 2019
Rawilson Batuil (DF)
Mar 2019
Luiz Junior - Brazil (FW)
Feb 2019
Luka Milunovic - Serbia (FW)
Jun 2018
Hector Ramos - Puerto Rico (FW)
Feb 2018
Robson Rendy Rining (GK)

Sabah berada di landasan terbaik untuk layak ke Liga Super sejak 2012 hasil ketajaman penyudah penyerang Serbia ini sepanjang Jun 2019. Fokus taktikal Jelius Ating kepada aspek pertahanan bermakna Sabah perlu memanfaatkan setiap peluang yang dicipta. Dengan kehadiran Rodojub Paunovic, Sabah berjaya menjaringkan 7 gol dalam hanya 3 perlawanan.

Persembahannya ketika mengemudi kubu pertahanan Sabah ketika diasak Selangor United di Likas layak dirakam dan ditunjuk kepada kanak-kanak sebagai contoh. Keagresifan dan kepandaian beliau membaca permainan adalah aset utama Sabah ketika ini.
Mula menemui sentuhan terbaik. Sumbangannya ketika menumpaskan PDRM membuktikan pemain ini berada pada prestasi terbaik untuk bergandingan dengan seorang lagi penyerang, Luka Milunovic.

Berusia 26 tahun, Milunović adalah bekas pemain bawah 21 tahun Serbia kini telah meledak tiga gol buat Sabah untuk membuktikan kemampuan yang dimilikinya. Dengan aksi Liga Premier baru memasuki perlawanan keempat, ketangkasan dan ketajaman penyudah dimiliki pemain ini perlu diberikan perhatian pertahanan lawan seandainya tidak mahu berputih mata.

Penyerang kelahiran Puerto Rico ini semakin garang dalam saingan Liga Perdana. Keupayaanya merobek gawang terbukti dengan ledakan empat gol pada Jun untuk membantu Sabah terus mengejar kelompok pasukan atas.


Nama Robson Rendy Rining mula menjadi sebutan di kalangan peminat-peminat Sabah. Ketangkasan pemain ini digawang gol banyak membantu pasukan menduduki tangga kedua liga dengan rekod tanpa kalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...