Sabah Football Fan blog with news, schedule, result, statistic , records and more.

Tuesday, January 15, 2013

Sabahawks akan terus buru kemenangan

myMetro
Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid

Kota Kinabalu: “Kami akan terus memburu tiga mata pada setiap perlawanan selain mahu pemain kurangkan kesilapan,” tegas pengurus Alijus Sipil selepas Sabahawks berjaya membenam NS Betaria FC, 2-0 pada aksi Liga Perdana 2013 di Stadium Likas, semalam. Walaupun bermain di padang lembab ekoran hujan berterusan sejak awal pagi, Alijus melahirkan rasa puas hati dengan aksi 90 minit dipamerkan anak buahnya.

“Ini adalah perlawanan ketiga dalam masa tujuh hari dan setakat ini, saya puas hati dengan aksi ditunjukkan pemain. “Selain itu, saya mahu mengingatkan mereka supaya kurangkan kesilapan dan yang penting adalah memburu kemenangan pada setiap perlawanan,” katanya. Selain mengaku kedudukan dalam liga belum di tahap selesa, Alijus berkata, banyak strategi perlu diatur dan diperbaiki.

 Sabah mendahului perlawanan menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-21 yang menyambar hantaran Koh Traore untuk menewaskan penjaga gol NS Betaria FC, Khairul Izwan. Tuan rumah terlepas peluang menambah gol pada m-63 apabila tandukan Traore hasil hantaran lintang Zainizam Marjam berjaya didakap kemas Khairul.

 Namun kesilapan pemain import lawan, Tomas Chovanec yang tertampan bola ke gawang sendiri membolehkan Sabah menambah gol kedua pada minit ke-85 untuk meraih tiga mata penuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...